
![]()
Age: 21 years old Home address: 1312 Gong Kemunting, Kuala Ibai 20400 Kuala Terengganu Interest: Photography Hobby: Watching anime & Online Gaming
Skin by : ♥ Ayien ♥ Cute favicon by : ♥ Babydoll ♥ Blog owner : ♥ Cik Mya ♥ Twitter : ♥ @amyramohd_ ♥ ![]() |
♥ Best Friend Forever ♥
Sunday, 9 December 2012 | 18:31 | 0 ♥ love drop ♥
Asalamualaikum semua .. Pertama sekali saya nak ucapkan banyak-2 terima kasih kerana anda sanggup membaca BLOG saya yang xseberapa ini . Okay kita teruskan dengan tajuk yang saya akan huraikan iaitu "BestFrienForever" atau dalam singkatannya BFF . Saya pasti kamu semua pun sama dengan saya . Memang tipulah kalau kamu tidak mempunyai kawan baik seperti kawan baik saya yang akan saya ceritakan nanti . Saya mempunyai ramai kawan baik tidak kiralah di sekolah , rumah mahupun di dalam laman sosial . Tapi saya hanya mempunyai 3 orang kawan baik yang sentiasa menolong saya dikala saya susah mahupun senang . Mereka adalah tempat saya mengadu segala masalah dan berkongsi suka duka bersama . Tambahan pula kami semua 'satu kepala' dalam apa jua pekara yang kami lakukan . Kawan baik saya yang pertama ialah NORHIDAYU BINTI JAFRI . Kami telah berkawan sejak kecil lagi . Tambahan pula keluarga kami amat rapat . Bukan sahaja kami berkawan baik begitu juga dengan ahli keluarga saya yang lain . Hubungan kami bagai aur dengan tebing yang sentiasa bersama dalam melakukan apa jua pekara . Kami akan bantu-membantu antara satu sama lain . Seterusnya ialah NORIZZATY HAZIRAH BINTI AZIZ . Kami mula berkawan semenjak dari tingkatan 2 lagi . Walaupun kami sudah kenal masa berada di sekolah rendah lagi tetapi kami kurang rapat kerana belum tiba masanya lagi persahabatan kami bermula di situ . Seterlah naik ke tingkatan 2 kami duduk bersama dan dari situlah persahabatan kami bermula . Walaupun pada awalnya tidak rapat tapi kami cuba untuk merapatkan diri supaya selesa ketika berada dikelas nanti . Ternyata saya tidak salah untuk memilih duduk bersamanya kerana kami pada lama kelamaan menjadi serasi . Di samping itu , kami sama dalam badan berunifom pada masa itu . Banyak masa kami yang kami habiskan bersama ketika itu . Selain itu , NUR FARAH SHAHIRAH BINTI RAMLI pula muncul pada awal tahun kami menjejakkan kaki ke tingkatan 3 . Dia amat malu dengan kami pada mulanya tetapi kami menjadi rapat Akhir sekali ,saya mahu berpesan kepada kamu semua agar mencari kawan yang betul-2 ikhlas berkawan dengan kamu . Bukannya yang akan berkawan dengan kamu hanya ketika kamu berharta mahupun ketika kamu senang sahaja . Ingatlah walaupun kamu mempunyai ramai kawan ketika senang tetapi hanya 1 yang akan bersama kamu ketika kamu susah kelak . Hahahaaa tamatlah cerita saya tentang kawan baik saya . Saya tahu ia hanyalah biasa tetapi saya bangga mempunyai kawan seperti mereka . Air dicincang tidak akan putus adalah peribahasa yang biasanya digunakan dalam hubungan adik beradik tetapi saya juga gunakannya dalam perhubungan kami . Akhir kata dari saya , yang buruk semuanya dari kita dan yang baik dari-Nya . Asalamualaikum .. |